Tuesday 11 December 2012

Cuti Sekolah Episode 1

Assalamualikum.. :D
Pada kali ini entah kenapa saya teringin untuk membuat post baru haha #Kemungkinan bosan melanda

Haa cuti sekolah korang kali ni best ker membosankan?
Saya nak share ngan korang antara2 aktiviti saya pada cuti sekolah kali ini :D

Episode 1 - Saya pergi melawat Kuala Lumpur Tanah Air yang dirindui dan tercinta skali..

Saya dpt jumpa kawan2 lama, cikgu2 masa sekolah rendah dan yg paling terkejut skali bila saya dtg KL cg saya dh lama membujang akhirnya kawin jugak :D haha ..saya sebagai anak murid beliau adalah org paling gembira skali tak terkata ..

Kali ni Saya nak share beberapa gambar saya disana :D

Inilah Palm Court Condominium iaitu rumah pak cik saya..

Ada Kolam Renang tuh..Kau ada? haha kali ni tak sempat nak mandi
Tingkat 10
Kat sana kat sana haha
Haa..korang kenal ak Brickfields yang terkenal dgn bandar transport dan KL SENTRAL? Tak kenal sudaaa
Best tau jalan2 dgn kawan 2 lama kat KL..kitaorg pergi Midvallley,Lowyout, dan bla bla..kalau nak citer banyak sgt haha

Adik aku- Bosannya haha

Wayang Mid Valley..tgk citer Sinister dan Istanbul aku datang

Aku tak pandai main bowling

Strike ,Strike
Bowling glow in the dark 
Sudaa letih berjalan2, enjoy kami pulang :D
KL yang aku kenal dh banyak perubahan :,)
Inilah rumah aku di KL sebelum aku jadi rakyat terengganu hehe

Setakat ini sajalah entry aku kali ni..blog mmg tak best cap ayam haha...Tapi mmmg tak boleh lupakan kenangan semasa berada di KL... Nantikan episode 2 bye Salam

Thursday 4 October 2012

Kisah PES 2013 )

PES 2013 yang kini  menggegarkan DUNIA !! PES 2013 adalah saingan sengit FIFA 2013 .. tapi aku cadangkan korang PES 2013 kerana tak la pening sangat ..

Aku akan berikan sedikit maklumat tentang PES 2013 :

 Pro Evolution Soccer 2013 (juga dikenali sebagai World Soccer: winning Eleven 2013 di Jepun) merupakan persatuan bola sepak permainan video dan akan menjadi edisi terbaru Pro Evolution Soccer siri, yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Konami. Permainan telah diumumkan secara rasmi oleh Konami pada 18 April, 2012.  versi demo telah dibebaskan pada 25 Julai 2012 manakala versi runcit telah dikeluarkan pada 20 September 2012 di EU, kecuali di UK di mana ia telah dikeluarkan pada September 21 2012,  dan akan dikeluarkan di Amerika Utara pada 25 September 2012.  Cristiano Ronaldo dari Real Madrid akan dipaparkan untuk penutup depan.  Untuk kali pertama siri ini, semua 20 pasukan dari Brazil kebangsaan liga, Campeonato BR Serie A, dimasukkan dalam siri permainan.  UEFA Champions League sekali lagi bersedia untuk muncul dalam permainan.  ini akan menjadi permainan terakhir untuk menampilkan enjin permainan semasa. 



Perbezaan system gaming PES 2013 yang telah di upgrade oleh syarikat KONAMI 

  • ProActive AI
  • Enhanced Goalkeeper
  • Knuckleball freekicks
  • Full Hand-controll
  • Upgrade Defence
  • Narrow and wide flanks

Beberapa sketsa tentang PES 2013 ) :







Jadi pengajarannya, janganlah kita lalai main game selalu kerana perjalanan hidup kita masih awal . Apa2 pun yang penting STUDY FIRST. !! Sekian post saya pada kali ini..SALAM.. !!

Tuesday 2 October 2012

Sungai Kuala Dungun )

Kali ini aku nak citer pasal Sungai Kuala Dungun ) . Apa yang specialnya Sungai ni? Sungai Dungun yang sering menjadi laluan utama bagi aktiviti perikanan di daerah Dungun mempunyai banyak keunikan. Sungai ini mempunyai pemandangan dan panaroma yang amat menarik dan sentiasa menjadi lokasi untuk beristirehat. Jadi inilah kelebihan dan kepentingan yang kita dapat lihat Sungai Dungun ini.. 

Jom Kita sambil mencuci mata  melihat beberapa gambar menarik dan panaroma yang indah di Sungai Dungun ini )

Sapa kenal tempat ni ? hehe
Bot2 Nelayan yang " parking " free disana hehe
Keindahan ketika terbenamnya matahari 

Bila nak turun ni cepat skit matahari )

Akhirnya malam sudah menjelma heher
Jadi setakat ini sahajalah post saya setakat ini tentang Sungai Kuala Dungun kebanggan rakyat negeri terengganu "GANU KITE"

Hidup di Kampung

Aku mulakan hidup baruku tahun ini di kampung. Sebelum ini aku tinggal di bandar besar KUALA LUMPUR . Kalau ikut dari umur aku sekarang ini aku sudah tinggal 13 tahun disana ( sekarang ni 14 tahun  ).  Faktor2 sebab aku pindah mestilah sbb mak ayah tukar kerja. Memang lama dh mak ayah nak pindah kampung tapi alhamdulillah baru tahun ni ada rezeki. Kata mereka kehidupan kampung lebih menenangkan drpd kehidupan bandar yang berserabut . Kata mak kepada saya, sebenarnya kehidupan bandar bukan untuk kita :D ( Terharu ) .  Sebenarnya kalau ikutkan hati aku mmg tak rela nak pindah sbb sayang sgt mmg la dh membesar kat sini kawan2 ramai kat sana... Macam mana tak rindu.. !?? Tapi kalau ikutkan hati mmg tak nak pindah pun..tapi dh takdir nak buat mcm mana..

Hari ni aku nak berkongsi sekitar rumah aku sekarang ni ( Rumah tok sebenarnya rumah aku tak siap lg )..

Pandangan secara sisi.. ( panjang tak ? ) Rumah tok aku 

Ini pandangan depan.. 
Keluasan tanah inilah rumah aku akan dibina disini ( kecik jer )
Dari pandangan dalam ( kat beranda ) beranda ke ni? haha
Kanak2 yang sedang bermain masak2 ( masak apa tuh? )
Gambar tumbuhan semula jadi.. ( snap ketika bosan)
Kelapa pun jadi model untuk kali ini haha 

Jadi, aku mengambil satu pengajaran dan iktibar daripada kehidupan baru aku sekrang ini.. Semua yang ditakdirkan oleh tuhan ada hikmahnya.. Jadi kita mestilah sentiasa menjadi orang yang bersyukur dan redha atas apa yang berlaku dan mungkin inilah cara terbaik untuk kita yang ditakdirkan oleh tuhan.. Sekian )

Sunday 30 September 2012

Kata alu-aluan :D

Pada mulanya, saya seorang yang menentang secara keras untuk membuat blog kerana bagi saya blog ni mmg tak best !! ( padahal tak tahu apa2 pun masa tu main cakap jer ). Tapi akhirnya saya dpt menerima blog dengan sebaik mungkin setelah melihat rakan2 dan sepupu saya membuat blog.. Kata mereka blog ini boleh dijadikan sebagai diari harian kita dan kita boleh kongsikan pada orang lain tentang hidup kita dan pengalaman kita.. :D

Saya mmg sebenarnya mmg nak buat blog tapi tak tahu .. hahah ..Nasib baikla ada sepupu yang sanggup tolong ajar.. Terima Kasih Nasrul Adam.. Walaupun belajar dlm beberapa jam tapi bolehlah faham sikit2 ..
Proses pembelajaran blog.. )

Lepastu, aku sempat jugak snap beberapa Gambar sebelum pulang ke rumah hahaha.. ( Hobi nak wat camner )
Bunga yang cantik di halaman rumah sepupu aku


Setakat ini sahajalah post aku pada hari ini......Sekian , Assalamualikum :D